Cabaran Hidup Kampus Mahasiswa

Salam tahniah buat semua pelajar yang sekarang ini mula mendaftar di institusi-institusi pengajian tinggi…Selamat Datang ke Alam Kampus!

Minggu lepas, saya dijemput ke Minggu Orientasi Pelajar UNISEL (TEKAD) untuk berkongsi motivasi dan diberi tajuk Realiti Mahasiswa: Ke Mana Arah Tuju? Awalnya, agak berat topik ini dibincangkan dengan pelajar yang baru mendaftar diri sebagai mahasiswa…mungkin realiti cabaran dan halatuju mahasisiwa perlu dibincangkan secara lebih terperinci dengan kepimpinan pelajar universiti..cabaran pencapaian akademik, cabaran kepimpinan, cabaran kelesuan suara mahasiswa, pandangan negatif masyarakat hari ini terhadap mahasiswa dan sebagainya..Barangkali pelajar baru sepatutnya lebih didedahkan dengan cabaran hidup kampus (campus lifestyle); suasana baru berdikari, jadual yang berbeza dengan kuliah setiap hari, cara pembelajaran yang memerlukan disiplin diri, disiplin menyiapkan assignment, cabaran budaya cinta (barangkali) dan sebagainya.

Di universiti kita akan berjauhan dengan keluarga dan ibubapa menyebabkan kita lebih banyak berdikari..juga berbeza dengan asrama sekolah yang dibimbing langsung oleh guru warder..di universiti hanya kita sendiri yang menjaga diri kita. Satu perubahan drastik perlu berlaku dalam diri! Persediaan total perlu dipersiapkan, mental dan fizikal. Kawan? Perlu segera dibimbing diri sendiri untuk bijak memilih kawan..mereka umpama pengganti keluarga. Baik kawan-kawan kita, insyaallah baiklah kita. Ungkapan yang perlu jadi falsafah kita memilih kawan “andai berkawan dengan penjual wangian, kalaupun kita tidak memakainya kita juga dikatakan berbau wangi; andai kita berkawan dengan pengimpal besi, kalau pun kita tidak melakukan sama pasti percikan api dan besi terkena pada kita”. Ramai sebenarnya pelajar unversiti gagal dalam perjuangan mereka bukan disebabkan ‘kebodohan’ tetapi lebih banyak disebabkan salah pilih kawan.

Disiplin menghadiri kelas, menyiapkan assignment mahupun tugas-tugas ko-kurikulum…semuanya memerlukan disiplin diri yang kuat. Beza mahasiswa cemerlang dan mahasiswa biasa ialah terletak pada keperibadian mereka..walaupun akademik mereka tinggi.

Kepimpinan dalam berpersatuan, penglibatan diri dalam aktiviti sosial masyarakat amatlah penting sebagai ‘learning curve’ secara informal, tetapi penting dan sangat berkesan. Istilah mat akademik, ulat buku, mamat library merujuk kepada mereka yang mendapat markah peperiksaan tinggi tetapi anti sosial, menyebabkan mereka sukar mendapat tempat dalam masyarakat dan alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

Saya kira, beberapa isu ini perlu diberi perhatian terlebih daulu oleh pelajar-pelajar baru, membina gagasan minda seorang mahasiswa, membuat penalaan (alignment) paradigma yang positif menghadapi alam baru dalam kampus.

Insyaallah pada tulisan akan datang, kita berkongsi cerita tentang budaya cinta kampus; di mana satu ketika dulu saya dijemput dalam satu forum bertajuk Cinta Kampus: Siapa Memikat Siapa Dipikat? Tajuk ini sangat relevan, menarik dan perlu dikongsi secara lebih panjang lebar dalam tulisan akan datang.

Kepada semua mahasiswa, selamat berjuang mencari mutiara ilmu!

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Adab Ziarah

Sebagaimana yang pernah dijanjikan untuk menyambung tajuk tentang ziarah, suka saya berkongsi apa yang pernah disampaikan dalam satu ceramah jemputan baru-baru ini. Adab ziarah yang disebut dalam hadis Rasulullah SAW, antaranya:

1. Elakkan 3 waktu; waktu sebelum subuh, tengahari (waktu QULAILAH ataupun tidur sebentar) dan selepas isyak.
2. Tidak wajar tamu menjadi imam tuan rumah.
3. Jangan duduk selagi tuan rumah tidak menjemput atau menunjukkan tempat duduk (mungkin ada tempat tidak sesuai untuk kita duduk).
4. Jangan ziarah terlalu kerap dan terlalu lama (jangan melebihi 3 jam).
5. Beri salam dan perkenalkan nama kita.
6. Datang dari sisi pintu rumah, jangan berdiri di depan pintu; apabila dibuka terus nampak ke dalam rumah.
7. Jangan melihat2 barangan yang ada di dalam rumah.
8. Doakan tuan rumah dan sentiasa maafkan jika ada kekurangan.

Tentang tuan rumah pula, beberapa peringatan yang mungkin dekat dengan amalan budaya kita hari ini, antaranya;

1. Jaga aurat bila bukan mahram datang ke rumah.
2. Jangan tunggu sehingga tamu memberi salam lebih 2 kali.
3. Hidangkan makanan terbaik dengan layanan mesra.
4. Terima tamu tanpa mengira agama dengan layanan penuh hormat.

Semoga sedikit perkongsian ini sama-sama kita renungkan dan jadikan budaya hidup kita, insyaallah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Didiklah Keluarga dengan Makanan Halal!

Titipan Saripati Temubual Majalah I Luv Islam kelmarin…
Asas keperluan dalam kehidupan bermula dengan lima perkara, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan pendidikan. Kerana itu, asas ini amat penting dibina daripada sumber yang halal kerana sentiasa mengiringi dan memberi kesan yang kuat kepada perjalanan hidup kita.

Ini sejajar seperti firman Allah SWT dalam banyak ayatNya:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (2:168)

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan kerana sesungguhnya mereka itu adalah musuh bagi kamu.”

وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ حَلاَلاً طَيِّبًا وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِيَ أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ
(5:88)

“Dan makanlah apa yang diberikan kepada kamu drp makanan yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan Nya.”

Bukan sahaja ditekankan soal halal, tetapi Al quran menenkankan banyak kali tentang elemen nilai tambah kepada halal iaitu yang baik, berkualiti dan berkhasiat (halalan tayyiba).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud:

“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”

Sejarah menceritakan bagaimana Rasulullah SAW mengeluarkan semula buah kurma yang dimakan kedua-dua cucu Baginda, Hasan dan Husin apabila tidak mengetahui tuan punya buah yang dimakan oleh mereka.Di sini kita melihat betapa prihatinnya Baginda terhadap apa yang dimakan oleh cucu Baginda bagi memastikan tiada apa-apa yang haram yang masuk ke dalam perut mereka.

Sejarah juga menceritakan seorang lelaki di zaman Rasulullah berdoa sambil mengangkat tangannya ke langit, bersungguh2 sambil menangis berdoa kepada Allah namun Rasulullah mengatakan doanya tidak dimakbulkan…kerana makanannya haram, pakaiannya haram dsb…

Kesan makanan haram ke atas pembangunan insan, pembentukan keluarga dan pembinaan masyarakat:

1. Hati tertutup dan keras
2. Doa tidak dimakbulkan
3. Ibadat tidak diterima
4. Tiada rahmat dan berkat diturunkan kepada kita
5. Anak isteri derhaka
6. Keluarga porak peranda kerana judi, rasuah dsb
7. Kesihatan kita terjejas

Contoh makanan haram di sekeliling kita;

1. Fizikalnya diharamkan dalam Islam seperti babi, darah, arak
2. Tidak suci atau bercampur najis
3. Ada elemen yang mengharamkan seperti menjadi bangkai, air memabukkan
4. Diambil secara haram seperti harta anak yatim, rasuah
5. Menyebabkan kepada perkara haram, makanan beracun
6. Disembelih tidak dengan nama Allah
7. Jelas memudaratkan diri kita

Langkah segera!

1. Carilah rezeki yang hanya jelas HALAL, elakkan syubhah apatah lagi haram
2. Berilah nafkah anak isteri yang hanya HALAL
3. Didik diri dengan mengutamakan produk HALAL
4. Didik anak isteri dengan pemilihan hanya produk berlogo HALAL
5. Fahami hukum halal, produk halal, ramuan halal, penggunaan halal
6. Pulaukan makanan syubhah
7. Utamakan kebersihan dan keselamatan pemakanan (gizi)

 

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Ziarah:Budaya Hari Raya?

Semalam…mendapat jemputan untuk menyampaikan tazkirah tentang “Ziarah: Budaya Ahli Syurga”…

Mula la tertanya sumber tentang perintah berziarah di hari raya, namun belum lagi terjumpa. Teringat artikel oleh Dr MAZA baru-baru ni tentang banyaknya amalan hari ni yang ditambah2 pada hari raya. Persoalannya, apakah benar budaya ziarah kubur di pagi raya suatu tuntutan, sedangkan hari tersebut bukanlah hari kesedihan…Lalu dikategorikan kepada tiga jenis amalan; sunnah, bid’ah munasabah dan bid’ah keterlaluan.

Ziarah bagus, satu budaya yang amat banyak faedah. Tetapi kenapa hari raya? Begitu juga, kenapa ziarah kubur di pagi raya? Sedangkan hari raya adalah hari kemenangan, kesyukuran dan memaparkan kegembiraan. Ringkasnya, ziarah bagus…dituntut sepanjang masa…apatah lagi di hari raya (masa kita paling berkesempatan)…hanyalah ia bukan sesuatu daripada sunnah. Berziarahlah di hari raya sempena semua keluarga berkumpul di kampung, begitu juga amalan rumah terbuka..buat lah sebagai adat yang mulia dan bermanfaat.

Ziarah yang ada dibincangkan dalam amalan Islam ialah ziarah tanah suci, ziarah makam Rasulullah SAW, ziarah tempat yang memberikan pengajaran serta ziarah kubur untuk mengingatkan kematian. Ziarah ibubapa, keluarga dan jiran tetangga juga digalakkan untuk silaturrahim. 

Memahami konsep ini, barulah kita boleh panjangkan perbicaraan tentang kepentingan ziarah, bagaimana nak suburkannya, kenapa budaya ni yang semakin pupus perlu diamalkan semula!  Insyaallah bersambung…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Menyambut Aidil Fitri 1432H

Antara intipati rakaman Ceramah Menyambut Aidil Fitri::Radio Malaysia Selangor

Sebelum kita meraikan Aidil Fitri, perlulah kita mengimbas semula Ramadhan yang telah pergi. Antara persoalan yang kita perlu nilaikan:

1. Ramadhan bulan ibadat; bertambahkah ibadah kita?

2. Ramadhan bulan rahmat; terasakan diri kita lebih disayangi oleh Allah?

3. Ramadhan bulan maghfirah; wujudkan petunjuk taubat kita diterima?

4. Ramadhan bulan penjimatan; benarkah perbelanjaan kita lebih rendah?

5. Ramadhan bulan kesihatan; makin sihatkah kita?

6. Ramadhan bulan Al Quran; makin dekatkah kita dengan Al Quran?

7. Ramadhan bulan sedekah; bertambahkan sedekah kita?

Syawal adalah hari kemenangan, hari kebesaran dan hari kesyukuran. Kerana itulah, Allah mensyariatkan kita agar menyambutnya dengan takbir, tahmid, tasbih dan taqdis sebagai tanda kesyukuran, makanan dan raikan sekadarnya hari kemenangan.

 

Beberapa amalan dalam Sunnah Rasulullah SAW

Bermula dengan bertakbir pada malam hari raya, Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, Mandi sunat pada pagi hari raya, Makan walaupun hanya kurma, sebelum keluar menunaikan solat sunat, Memakai baju yang terbaik dengan wangian, Solat sunat aidil fitri berjemaah di tempat terbuka, Pergi dan balik dari solat melalui jalan yang berlainan, Bertakbir sepanjang perjalanan dan hari raya, Perbanyakkan sedekah kepada fakir miskin, Saling mengucapkan ‘semoga amalan kita diterima’, dan Rasulullah SAW berpuasa enam hari bulan Syawal.

 

Beberapa Amalan Budaya Masyarakat Melayu

Pada hari raya, masyarakat Melayu berkumpul pulang ke kampung, ziarah menziarahi, saling bermaafan dan mengadakan makan-makan menerima tetamu. Masyarakat kita juga turut membudayakan ucapan selamat hari raya, menghantar kad, sms ataupun emel raya, di samping mengucapkan maaf zahir batin. Ini adalah amalan yang sangat baik diteruskan sebagai adat budaya kita.

Di samping itu, terdapat juga budaya menziarahi pusara ibubapa di pagi raya..bagi mengingati mereka yang telah pergi. Namun sekiranya ia menjurus kepada sentimen kesedihan, agak bercanggah dengan konsep menyambut hari kemenangan dan kesyukuran. Begitu juga budaya bertakbir dengan penuh kesayuan.

Terdapat juga budaya yang kurang sesuai, yang perlu difikirkan bersama. Adat memberi duit raya kepada kanak-kanak adalah sesuatu yang baik pada awalnya, namun akhir-akhir ini menjadi keterlaluan apabila anak-anak bertandang semata-mata meminta duit raya. Memberi duit raya kepada orang kaya juga bercanggah dengan konsep sedekah. Hari raya juga menjadi waktu berpeleseran bagi pasangan kekasih masa kini, keluar menonton wayang yang sengaja disedikan khusus menyambut hari raya. Tayangan hiburan TV juga dilihat tidak sesuai dengan ruh aidilfitri, walaupun terdapat juga aktiviti menonton hiburan di zaman Rasulullah SAW, seperti perlawanan pedang dan nyanyian patriotik (berdasarkan riwayat sejarah).

Selanjutnya, dengarkan di RMS pada petang aidil fitri…Fikirkan Bersama!

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI::MAAF ZAHIR BATIN

SEMOGA AMALAN KITA BERSAMA DITERIMA ALLAH

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Environmental Attitude Among Malaysian!

I have set up an instrument for assessing environmental attitude (EA), customized for Malaysian using Rasch model analysis. Amazingly, so far, I tested the students of environmental-related course at the university…and found very significant findings to be concerned! The questions are:

1. Does assessment today in our educational stream could assess attitude change as the student’s final performance grading?

2. Is attitude change set as learning outcome for especially environmental ethics or awareness course?

3. Did we assess the effects 0r impacts of environmental education, campaigns or advertisments? Or they were only meant for financial waste?

Even amongstudents of  environmental program/ course, they didn’t achieved to be committed pro environmental…and they will be the leaders of environmental-related managers, planners and endorsers.

This will be continued…

This is my post on the Erath Hour Day 2008…

Just to express my feeling…I went home out, having short tour to the City of Shah Alam during Earth Hour! but it was dissapointing..Actually nobody cares about our Earth. Only Mc D and KFC switched off the lights (for 1/2 hour)…and Caltex & Petronas. The rest? Mosque of Shah Alam, MAIS tower, medan selera and owch! killing me!…the i-City was so colourfull with neons and I dont know what to call. Amazingly, hudreds or thousands people were there to celebrate their Sunday night…and they liked global warming or be heated by day to day…

Posted in Uncategorized | 2 Comments

A Trip to Teratak Riverview Tg Malim: Water A Gift from God!

::moved from My Thought page::

Air (H20) adalah entiti penting dalam kehidupan ciptaan Tuhan. Perkataan air terdapat sebanyak 23 kali berbanding tanah sebanyak 11 kali. Ini menepati fitrah semulajadi alam yang stabil iaitu air 70:30 tanah. Same goes to our body…2/3 of our body is water! Air diciptakan untuk pelbagai kegunaan manusia; pembersihan, tenaga, pertanian, industri dan sebagainya…terutamanya untuk bersuci! simbolik kebersihan diri terhadap Tuhan, wajib menggunakan air mutlak.

Lanskap syurga juga mempamerkan air sebagai elemen utama; sungai yang mengalir bercabang empat….madu, susu, arak dan air biasa…yang bersih untuk diminum. Lanskap neraka juga menggunakan elemen air sebagai busuk, beracun, berdarah, bernanah serta panas menggelegak.

Ironisnya, tamadun dunia juga bangkit dengan elemen air sungai menjadi watak utama peradaban; Babylon dan Mesopotamia dengan imej Sungai Tigris dan Euphrates, Mesir dengan imej Nil, India dengan imej Indus malahan Melaka juga tidak tertinggal dengan imej Sungai Melakanya..apakah bila sungai atau imej air masa kini yang tercemar akan memberi kesan kepada peradaban manusia? Korelasinya agak jelas, malahan ia mula memberi kesan kepada keutuhan peradaban hari ini..

LANTAS ITU…LET’S BEHAVE OURSELVES TOWARDS SUSTAINABLE WATER…

1. wisely utilize natural water resources

2. save penggunaan air secara berhemah…guna yang wajib jerk! Masa sekolah belajar berus gigi guna gelas, tapi bila besar guna air paip yang terpasang sepanjang menggosok gigi…fikirkanlah!

3. avoid pollution ke dalam air…(mafhum hadis)…tak kira la sama ada sampah, chemical atau najis…apatah lagi plastik and da gang yg non organic.

4. shower is better than bath tub…

5. water for all k…appreciate it as a gift from the God, and we are stewards of The Sustainer!

jumpa lagi nanti!

Posted in Uncategorized | Leave a comment