Takluk Hati Pasangan: Top 3 Terlaris Minggu Pertama

Alhamdulillah penerimaan oleh pembaca yg sangat memberangsangkan! Segera dapatkan untuk koleksi sendiri dan juga sesuai untuk dijadikan hadiah bermanfaat untuk rakan2, pengantin baru malahan ahli keluarga… di kedai-kedai berhampiran…atau order terus daripada Karangkraf! Untuk buku Takluk Hati Pasangan edisi bertandatangan penulis, boleh bank in bayaran ke CIMB 12220000077104 RM20.00/ naskhah (termasuk pos), mesejkan alamat penghantaran ke 019 281 9003, tarikh dan masa bayaran dibuat ke bank dan insyaallah buku akan segera dihantar terus ke rumah. :)

Order Terlaris Minggu Ini:

1. Gemersik Kalbu – Anis Ayuni
2. Ombak Rindu – Fauziah Ashari
3. Takluk Hati Pasangan – Prof Madya Hj Mohd Nor Mamat
4. Setia Hujung Nyawa – Fatin Nabila
5. Cinta Sang Ratu – Ramlee Awang Murshid
6. Nian Di Hati – Elin Nadia
7. Hijab Sang Pencinta – Ramlee Awang Murshid
8. Aku Pilih Dia – Hezzy Azra
9. Bicara Hati – Damya Hanna
10. 9 Nyawa – Ramlee Awang Murshid

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Karya Terbaru Dedikasi Untuk Semua!

Buku Takluki Hati Pasangan

Alhamdulillah, akhirnya berjaya menyiapkan karya terkini bersama Karangkraf…TAKLUKI HATI PASANGAN…untuk semua pembaca semua peringkat sama ada bakal mendirikan rumahtangga, sudah berkeluarga, berdepan masalah rumahtangga, ingin membina semula rumahtangga malah juga sesuai untuk mendidik diri dengan atitud yang efektif dan positif dalam interaksi sesama kita. Mengenali diri dan keperluan diri kita serta pasangan menjadikan kita hebat pada mata pasangan kita! Dapatkan di pasaran, insyaallah akan dilancarkan penghujung Disember atau awal Januari…:)

Posted in Uncategorized | 2 Comments

Selamat Menyambut Eidul Adha

Selamat menyambut hari raya korban atau Eidul Adha. Semoga roh pengorbanan yang ditunjukkan oleh kisah mulia Habil dengan korbannya kepada Allah serta kisah Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail yang melaksanakan perintah korban seikhlas hati dan semata-mata mencari keredhaan Allah. Selamat melaksanakan ibadah korban, dan kepada yang belum pernah berkorban, mulalah berkorban dan teruskan ibadah koraban setiap tahun. Rasulullah menegaskan tentang betapa besarnya tuntutan ibadah korban, dengan menyebut hukumnya sebagai sunat untuk umatnya tetapi wajib untuk dirinya. Ia termasuklah solat sunat Dhuha setiap pagi, ibadah korban pada setiap tahun dan solat sunat witir setiap malam. Faham Amal Sebarkan!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Menjadi Cemerlang! (Dedikasi untuk SMK DD1)

Kursus motivasi kecemerlangan di SMK Damansara Damai 1 menemukan saya dengan guru-guru yang dedikasi dan ikhlas membangunkan para pelajar sebagai insan cemerlang…juga dengan anak-anak pelajar yang bersemangat serta sentiasa positif untuk menjadi generasi cemerlang masa depan. Syabas dan didoakan kepada semua calon PMR dan SPM ‘all the best’ dan ‘be the bestest’. Untuk semua guru dan pelajar yang inginkan bahan slaid ceramah, sila dapatkan di sini…semoga dapat dimanfaatkan!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Puasa Latihan Kesabaran dan Kesederhanaan

Sebahagian petikan tazkirah di Masjid Saujana Utama dan Masjid Sungai Buloh baru-baru ini…kadangkala kita perhatikan bulan puasa digembar gemburkan dengan bulan membeli belah di bazaar, pasaraya malah di gerai-gerai yang menjual apa sahaja… tumbuh bagai cendawan. Sedangkan ruh puasa itu sendiri adalah untuk menghayati kesederhaan, penjimatan dan perkongsian dengan mereka yang lebih lapar, lebih miskin dan lebih tidak bernasib baik. Puasa sepatutnya mampu menyedarkan kita betapa kita tidak boleh terlalu mewah, sedangkan masih ramai yang kelaparan. Saya teringat ketika menyiapkan satu penyelidikan berkaitan perbelanjaan Ramadhan di kalangan umat Islam di seluruh bandaraya Malaysia…mengikut pandangan mufti2, lazimnya makanan yang kita perlu di Malaysia; makan ringan pagi, makan berat tengahari dan petang…itu sahaja! Bila tiba Ramadhan, saya kira tidak perlulah kita menqadha’kan semua bajet 3 kali makan ke dalam waktu berbuka, memadai untuk kadar sekali makan berat…(pastinya penjimatan sangat ketara). Pakaian pula, secara khusus untuk hari raya…yang termasuk disunatkan memakai pakaian baru ialah dua pasang maksimum; sepasang baju melayu atau kurung (kebiasaannya) dan sepasang baju baru untuk tujuan ziarah keluarga dan rakan…Ringkasnya, Ramadhan menjadikan kita semakin sederhana terhadap harta, makanan dan pakaian. Insyaallah latihan sebulan di kampus Universiti Ramadhan akan menjadi sebati untuk diteruskan selepas konvokesyen kita pada Syawal nanti.

Puasa juga seharusnya menjadikan kita lebih menghayati makna kesabaran. Ditinjau dalam sejarah, dikatakan tentera Greek dan Yunani pun mengamalkan amaln puasa sebelum berperang untuk mempertingkatkan kesabaran dalam diri mereka. Di barat, puasa diterima sebagai amalan mempertingkatkan daya tahan menghadapi penyakit. Dalam Islam sendiri, Rasulullah mengingatkan kita agar banyak bersabar, dan jika disakiti, katakan “aku berpuasa!”. Apatah lagi di bulan Ramadhan segala amalan baik digandakan, marilah kita tingkatkan kesabaran…sabar menahan lapar, dahaga, sabar dengan ujian Allah, sabar meskipun kadangkala ada orang menyakiti kita…maafkan kesalahan orang lain…juga gandakan amalan ibadah dengan penuh kesabaran, kerana kadangkala ada waktu2 kita terasa berat untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah. Biarlah kali ini kita lulus dengan cemerlang, dua subjek kesabaran dan kesederhanaan yang kita lalui dan nilaikan di penghujung Ramadhan, Insyaallah…

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG DIBERKATI!

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL KARIM

Ahlan Ya Ramadhan! Bagaikan menanti seorang kekasih yang dicintai dan dirindui, begitulah kita menanti Ramadhan. Selamat melipatgandakan amalan ibadah di bulan yang pahalanya digandakan, doanya dimakbulkan, taubatnya diterima, Insyaallah…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kekalutan Isu Islam Mutakhir

Alhamdulillah, saya fikir mutakhir ini sudah agak reda tentang isu Islamiphobia atau ketakutan terhadap Islam yang dilabelkan sebagai pengganas, dipelopori oleh Amerika Syarikat sedikit masa dulu. Namun melihat kepada isu-isu lokal berkaitan kekeliruan yang berlaku di kalangan umat Islam di negara kita hari ini, kadangkala agak menyedihkan.  Tidak habis-habis dengan budaya ‘sumpah laknat’ yang diperlihatkan sebagai budaya anjuran Islam oleh segolongan yang kurang arif dengan hukum hakam secara mendalam…timbul pula isu mangsa jenayah yang tidak mendapat keadilan kerana Islam tidak menerima rakaman video sebagai bukti sah pendakwaan.
Saya melihat isu ini seharusnya mudah dijelaskan dan difahami oleh umat Islam, tanpa perlu dipergunakan untuk kepentingan sendiri. Ringkasnya, sumpah hanya perlu di mahkamah untuk tujuan pembuktian…jadi tidak timbul soal bersumpah di masjid, di hadapan imam ataupun di akhbar. Kedua, sumpah digunakan bila ada kes dibicarakan, bukannya semata-mata untuk mencabar seseorang mengaku atau menafikan kesalahan, atau untuk membuktikan tuduhan kita terhadap orang lain. Dahulu, budaya picisan sebegini hanya berlaku di kalangan budak-budak di kampung yang berbalah sesama mereka. Saya bimbang budaya sebegini akan menambahkan kekeliruan masyarakat, malah tidak mustahil pada masa depan akan menjadi budaya khalayak atau aktiviti umum setiap orang…akhirnya laknat Tuhan dipermainkan…malah kehidupan masyarakat juga akan huru hara.
Berkaitan rakaman video, secara logiknya akal kita boleh menerima betapa ia bukan setaraf dengan saksi lelaki adil yang disyaratkan dalam hukum Islam. Usah kita pertikaikan kenapa Allah menetapkan syarat sedemikian, semata-mata hanya dengan kebijaksanaan yang kita rasa semakin maju. Untuk difikirkan, kenapa cara mengambil wudhuk masih tidak berubah dari dahulu? kenapa bila kita terkena najis mughalazah (walaupun binatang babi tersebut bersih), kita diwajibkan samak? Bila Allah syaratkan lelaki adil seramai 4 orang dalam penentuan hukuman hudud, akurlah kepada hukum Tuhan…namun Islam bukanlah tidak adil sama sekali terhadap mangsa jenayah tersebut, kerana hukuman ta’zir masih boleh berlaku dengan bahan pembuktian yang difikirkan autoritatif mengikut peredaran zaman…

“Lebih faham Islam, lebih adil kehidupan dan lebih aman dan tenang, insyaallah!”

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Tips Ketenangan Hati

Akhir-akhir ni banyak dapat panggilan atau emel daripada orang ramai bertanyakan tentang masalah jiwa resah, sedih, buntu dan sebagainya dengan pelbagai masalah yang berbeza…Sekadar berkongsi tentang tips atau teknik uruskan stres diri. Banyak yang memperkatakan tentang teknik menguruskan stres dengan cara senaman, relaksasi, sibukkan diri dengan aktiviti, rehat dan rekreasi serta lain-lain lagi. Al Quran menyarankan kita mencari ketenangan dengan menyebut nama Allah, berzikir atau membaca ayat-ayat Allah. Andainya kita membaca atau mendengar zikir dan Al Quran, jiwa yang ada walaupun secubit iman akan tenang…”tidakkah dengan menyebut (ayat-ayat) Allah itu akan menenangkan hati-hati manusia” (mafhum ayat).
Kaedah kedua ialah mengikut saranan Rasulullah SAW iaitu dengan melihat kehijauan pepohonan, menghayati bunyi deruan air mengalir ataupun ombak di pantai, ataupun dengan melihat wajah-wajah manusia yang ceria dan manis. Namun tambahan kepada cara tersebut, baginda lebih menyukai dengan cara bermunajat kepada Allah, untuk menenangkan hatinya yang resah.
Solat tahajjud akan memperkukuhkan hati kita di waktu kita barangkali kerunsingan dan buntu. Solat istikharah mampu menunjukkan jalan keluar daripada kebuntuan dan kerunsingan yang kita sangka tiada berkesudahan. Juga tenangkan hati kita dengan nasihat ini: “wahai hati! bersabarlah menghadapi tekanan dan ujian sementara kerana selepas ujian kesedihan ini dapat diatasi…itulah makna kebahagiaan!”

“Usahlah sedih dengan hujan lebat yang turun, kerana selepas hujan biasanya udara menjadi paling nyaman…malah kemungkinan disertai pelangi yang cukup indah!”

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cabaran Pembangunan Keluarga Masa Kini

Saripati Ceramah di Masjid Nurul Iman Puchong 12 Jun 2011

Hari ini, cabaran pembangunan keluarga semakin mencabar. Keruntuhan institusi keluarga meningkat dan semakin menakutkan. Menurut Timbalan Menteri di JPM, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, hampir setiap 17 minit berlaku satu perceraian. Pada masa yang sama terdapat pendedahan di  mana setiap 18 minit lahir seorang anak luar nikah di negara kita. Belum lagi disebut tentang statistik ‘pembuangan’ ibubapa oleh anak-anak ke Pusat Jagaan Orang Tua, pergaduhan ibubapa dan anak, adik beradik malah kes-kes pembunuhan dalam keluarga juga mewarnai isu kekeluargaan masa kini. Persiapan pembangunan institusi perkahwinan perlu dihalusi dan dipermantapkan. Kemahiran pengurusan hubungan suami isteri, ibubapa dan anak menjadi satu agenda penting negara. Di samping kita menumpukan agenda memastikan perpaduan 1Malaysia tercapai, seharusnya agenda 1Famili perlu dipermantapkan dan diberi perhatian lebih utama. Apalah gunanya kita bersatupadu antara semua abngsa, andainya ahli keluarga kita sendiri berpecah belah, ibu dan bapa hidup berasingan, anak-anak tidak mendapat jagaan ibubapa selengkapnya? Usaha holistik dan integratif perlu dijana segera melibatkan pihak kerajaan, NGO, institusi pendidikan dan kesedaran serta penglibatan semua individu adalah sesuatu yang amat mendesak. Isu ini bakal menghancurkan umat Islam pada masa akan datang. Meskipun pelaburan dalam usaha sebegini tidak menjanjikan pulangan ekonomi yamh berbentuk materialistik, namum kekukuhan institusi keluarga adalah asas kepada segala-galanya; pembangunan negara, ekonomi dan sosial, insyaallah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah 1432H
Bila dijemput beberapa tempat untuk menyampaikan ceramah maalhijrah tanpa tajuk, kebiasaannya akan merujuk tema sambutan di peringkat nasional la..so, kali ni tema rasmi maalhijrah 1Malaysia 1Ummah. Secara peribadi tema ini sangat baik, menyerupai ruh hijrah Rasulullah ke Madinah menyatupadukan kaum Ansar dan Muhajirin, meletakkan semua kaum Yahudi dan apa jua bangsa penduduk Madinah di bawah SATU payung iaitu pemerintahan Rasulullah SAW. Maknanya, semua bersatu dan hormat kepada AlQuran dan AlHadis (wahyu). Toleransi Rasulullah untuk bersatu antara semua bangsa adalah menggunakan universaliti Islam, tanpa membiarkan Islam di’toleransi’ dengan cara hidup agama yang bertentangan. Islam bersifat fleksibel tetapi berprinsip, universal tetapi bersempadan (dengan hukum Allah), sesuai dengan fitrah humanistik (positif) tetapi tidak menyetujui fitrah (negatif).

Untuk mencapai aspirasi 1Ummah, secara peribadi, saya rasakan banyak assignment dan homework yang perlu kita siapkan lebih dulu..Terlalu teruja dengan 1Malaysia pun ada risikonya. Kita terlalu pentingkan perpaduan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain, tetapi kita terlupa perpaduan yang bermula dalam keluarga semakin kritikal. Akhbar melaporkan kes perceraian di seluruh negara untuk tahun 2009 lebih 75, 000 kes. Ini belum lagi kira kes anak-anak buang ibubapa, kes buang anak (sebelum jadi keluarga lagi, dah rosak dulu). Saya banyak berkongsi tentang 1Famili 1Ummah. Mantapkan perpaduan dan kasih sayang dalam keluarga terlebih dahulu, insyaallah 1Ummah akan tercapai. Pada masa yang sama, boleh la kita berfikir juga untuk merealisasikan 1Malaysia (dengan syarat 1Famili sudah terlaksana). Pada saya, lebih baik tumpukan lebih banyak kepada isu keruntuhan keluarga yang smakin parah dan menakutkan…kalau betul2 inginkan 1Ummah yang harmoni dan maju. Insyaallah kalau ada kelapangan di waktu lain, saya ingin berkongsi pemantapan keluarga berasaskan kefahaman terhadap fitrah humanistik…praktikal, indah dan efektif! Buku kecil saya bertajuk Memahami Fitrah Keluarga Indah boleh didapati dipasaran.

Akan datang, kita berkongsi tentang idea 1Malaysia yang perlu dihayati bersama (setelah ia menjadi aspirasi negara) dalam bentuk dan kaedah yang Islamik. Saya tidak berpihak kepada mereka yang mengagungkan 1Malaysia, tidak juga yang membangkang atau mengharamkan 1Malaysia…tetapi saya gembira untuk menerima positifnya aspirasi tersebut dan sama-samalah kita perbaiki kelemahan untuk menjadi lebih baik. Tiada perkara di dunia yang sempurna, tiada perkara di dunia juga yang sia-sia…

Posted in Uncategorized | 1 Comment