Maal Hijrah 1432H

Salam Maal Hijrah 1432H
Bila dijemput beberapa tempat untuk menyampaikan ceramah maalhijrah tanpa tajuk, kebiasaannya akan merujuk tema sambutan di peringkat nasional la..so, kali ni tema rasmi maalhijrah 1Malaysia 1Ummah. Secara peribadi tema ini sangat baik, menyerupai ruh hijrah Rasulullah ke Madinah menyatupadukan kaum Ansar dan Muhajirin, meletakkan semua kaum Yahudi dan apa jua bangsa penduduk Madinah di bawah SATU payung iaitu pemerintahan Rasulullah SAW. Maknanya, semua bersatu dan hormat kepada AlQuran dan AlHadis (wahyu). Toleransi Rasulullah untuk bersatu antara semua bangsa adalah menggunakan universaliti Islam, tanpa membiarkan Islam di’toleransi’ dengan cara hidup agama yang bertentangan. Islam bersifat fleksibel tetapi berprinsip, universal tetapi bersempadan (dengan hukum Allah), sesuai dengan fitrah humanistik (positif) tetapi tidak menyetujui fitrah (negatif).

Untuk mencapai aspirasi 1Ummah, secara peribadi, saya rasakan banyak assignment dan homework yang perlu kita siapkan lebih dulu..Terlalu teruja dengan 1Malaysia pun ada risikonya. Kita terlalu pentingkan perpaduan bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain, tetapi kita terlupa perpaduan yang bermula dalam keluarga semakin kritikal. Akhbar melaporkan kes perceraian di seluruh negara untuk tahun 2009 lebih 75, 000 kes. Ini belum lagi kira kes anak-anak buang ibubapa, kes buang anak (sebelum jadi keluarga lagi, dah rosak dulu). Saya banyak berkongsi tentang 1Famili 1Ummah. Mantapkan perpaduan dan kasih sayang dalam keluarga terlebih dahulu, insyaallah 1Ummah akan tercapai. Pada masa yang sama, boleh la kita berfikir juga untuk merealisasikan 1Malaysia (dengan syarat 1Famili sudah terlaksana). Pada saya, lebih baik tumpukan lebih banyak kepada isu keruntuhan keluarga yang smakin parah dan menakutkan…kalau betul2 inginkan 1Ummah yang harmoni dan maju. Insyaallah kalau ada kelapangan di waktu lain, saya ingin berkongsi pemantapan keluarga berasaskan kefahaman terhadap fitrah humanistik…praktikal, indah dan efektif! Buku kecil saya bertajuk Memahami Fitrah Keluarga Indah boleh didapati dipasaran.

Akan datang, kita berkongsi tentang idea 1Malaysia yang perlu dihayati bersama (setelah ia menjadi aspirasi negara) dalam bentuk dan kaedah yang Islamik. Saya tidak berpihak kepada mereka yang mengagungkan 1Malaysia, tidak juga yang membangkang atau mengharamkan 1Malaysia…tetapi saya gembira untuk menerima positifnya aspirasi tersebut dan sama-samalah kita perbaiki kelemahan untuk menjadi lebih baik. Tiada perkara di dunia yang sempurna, tiada perkara di dunia juga yang sia-sia…

About MOHD NOR MAMAT

Mohd Nor Mamat is an ASSOCIATE PROFESSOR at the Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). He is currently completing his PhD in Education.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Maal Hijrah 1432H

  1. MOHD NOR MAMAT says:

    Utusan Malaysia hari ini mengemukakan isu yang sama…2011 harus dijadika tahun pemerkasaan keluarga andainya aspirasi perpaduan dan keharmonian negara ingin terus terpelihara…Bayangkan isu keruntuhan keluarga, perpecahan ikatan rumahtangga dan isu moral anak-anak serta penderaan oleh ibubapa dan suami terus menjadi cerita utama dan statistiknya semakin menakutkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>