Cabaran Hidup Kampus Mahasiswa

Salam tahniah buat semua pelajar yang sekarang ini mula mendaftar di institusi-institusi pengajian tinggi…Selamat Datang ke Alam Kampus!

Minggu lepas, saya dijemput ke Minggu Orientasi Pelajar UNISEL (TEKAD) untuk berkongsi motivasi dan diberi tajuk Realiti Mahasiswa: Ke Mana Arah Tuju? Awalnya, agak berat topik ini dibincangkan dengan pelajar yang baru mendaftar diri sebagai mahasiswa…mungkin realiti cabaran dan halatuju mahasisiwa perlu dibincangkan secara lebih terperinci dengan kepimpinan pelajar universiti..cabaran pencapaian akademik, cabaran kepimpinan, cabaran kelesuan suara mahasiswa, pandangan negatif masyarakat hari ini terhadap mahasiswa dan sebagainya..Barangkali pelajar baru sepatutnya lebih didedahkan dengan cabaran hidup kampus (campus lifestyle); suasana baru berdikari, jadual yang berbeza dengan kuliah setiap hari, cara pembelajaran yang memerlukan disiplin diri, disiplin menyiapkan assignment, cabaran budaya cinta (barangkali) dan sebagainya.

Di universiti kita akan berjauhan dengan keluarga dan ibubapa menyebabkan kita lebih banyak berdikari..juga berbeza dengan asrama sekolah yang dibimbing langsung oleh guru warder..di universiti hanya kita sendiri yang menjaga diri kita. Satu perubahan drastik perlu berlaku dalam diri! Persediaan total perlu dipersiapkan, mental dan fizikal. Kawan? Perlu segera dibimbing diri sendiri untuk bijak memilih kawan..mereka umpama pengganti keluarga. Baik kawan-kawan kita, insyaallah baiklah kita. Ungkapan yang perlu jadi falsafah kita memilih kawan “andai berkawan dengan penjual wangian, kalaupun kita tidak memakainya kita juga dikatakan berbau wangi; andai kita berkawan dengan pengimpal besi, kalau pun kita tidak melakukan sama pasti percikan api dan besi terkena pada kita”. Ramai sebenarnya pelajar unversiti gagal dalam perjuangan mereka bukan disebabkan ‘kebodohan’ tetapi lebih banyak disebabkan salah pilih kawan.

Disiplin menghadiri kelas, menyiapkan assignment mahupun tugas-tugas ko-kurikulum…semuanya memerlukan disiplin diri yang kuat. Beza mahasiswa cemerlang dan mahasiswa biasa ialah terletak pada keperibadian mereka..walaupun akademik mereka tinggi.

Kepimpinan dalam berpersatuan, penglibatan diri dalam aktiviti sosial masyarakat amatlah penting sebagai ‘learning curve’ secara informal, tetapi penting dan sangat berkesan. Istilah mat akademik, ulat buku, mamat library merujuk kepada mereka yang mendapat markah peperiksaan tinggi tetapi anti sosial, menyebabkan mereka sukar mendapat tempat dalam masyarakat dan alam pekerjaan selepas tamat pengajian.

Saya kira, beberapa isu ini perlu diberi perhatian terlebih daulu oleh pelajar-pelajar baru, membina gagasan minda seorang mahasiswa, membuat penalaan (alignment) paradigma yang positif menghadapi alam baru dalam kampus.

Insyaallah pada tulisan akan datang, kita berkongsi cerita tentang budaya cinta kampus; di mana satu ketika dulu saya dijemput dalam satu forum bertajuk Cinta Kampus: Siapa Memikat Siapa Dipikat? Tajuk ini sangat relevan, menarik dan perlu dikongsi secara lebih panjang lebar dalam tulisan akan datang.

Kepada semua mahasiswa, selamat berjuang mencari mutiara ilmu!

About MOHD NOR MAMAT

Mohd Nor Mamat is an ASSOCIATE PROFESSOR at the Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). He is currently completing his PhD in Education.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Cabaran Hidup Kampus Mahasiswa

  1. zuraida says:

    kepimpinan adalah tunjang disiplin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>