Didiklah Keluarga dengan Makanan Halal!

Titipan Saripati Temubual Majalah I Luv Islam kelmarin…
Asas keperluan dalam kehidupan bermula dengan lima perkara, makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan dan pendidikan. Kerana itu, asas ini amat penting dibina daripada sumber yang halal kerana sentiasa mengiringi dan memberi kesan yang kuat kepada perjalanan hidup kita.

Ini sejajar seperti firman Allah SWT dalam banyak ayatNya:

يَا أَيُّهَا النَّاسُ كُلُواْ مِمَّا فِي الأَرْضِ حَلاَلاً طَيِّباً وَلاَ تَتَّبِعُواْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ (2:168)

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak syaitan kerana sesungguhnya mereka itu adalah musuh bagi kamu.”

وَكُلُواْ مِمَّا رَزَقَكُمُ اللّهُ حَلاَلاً طَيِّبًا وَاتَّقُواْ اللّهَ الَّذِيَ أَنتُم بِهِ مُؤْمِنُونَ
(5:88)

“Dan makanlah apa yang diberikan kepada kamu drp makanan yang halal dan baik, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman dengan Nya.”

Bukan sahaja ditekankan soal halal, tetapi Al quran menenkankan banyak kali tentang elemen nilai tambah kepada halal iaitu yang baik, berkualiti dan berkhasiat (halalan tayyiba).

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Saidina Ali ra, Nabi ada bersabda yang bermaksud:

“Wahai Ali! Sesiapa makan makanan yang halal, maka cerahlah fahaman agamanya dan lembutlah hatinya dan tidak tertutup doanya kepada Allah.”

Sejarah menceritakan bagaimana Rasulullah SAW mengeluarkan semula buah kurma yang dimakan kedua-dua cucu Baginda, Hasan dan Husin apabila tidak mengetahui tuan punya buah yang dimakan oleh mereka.Di sini kita melihat betapa prihatinnya Baginda terhadap apa yang dimakan oleh cucu Baginda bagi memastikan tiada apa-apa yang haram yang masuk ke dalam perut mereka.

Sejarah juga menceritakan seorang lelaki di zaman Rasulullah berdoa sambil mengangkat tangannya ke langit, bersungguh2 sambil menangis berdoa kepada Allah namun Rasulullah mengatakan doanya tidak dimakbulkan…kerana makanannya haram, pakaiannya haram dsb…

Kesan makanan haram ke atas pembangunan insan, pembentukan keluarga dan pembinaan masyarakat:

1. Hati tertutup dan keras
2. Doa tidak dimakbulkan
3. Ibadat tidak diterima
4. Tiada rahmat dan berkat diturunkan kepada kita
5. Anak isteri derhaka
6. Keluarga porak peranda kerana judi, rasuah dsb
7. Kesihatan kita terjejas

Contoh makanan haram di sekeliling kita;

1. Fizikalnya diharamkan dalam Islam seperti babi, darah, arak
2. Tidak suci atau bercampur najis
3. Ada elemen yang mengharamkan seperti menjadi bangkai, air memabukkan
4. Diambil secara haram seperti harta anak yatim, rasuah
5. Menyebabkan kepada perkara haram, makanan beracun
6. Disembelih tidak dengan nama Allah
7. Jelas memudaratkan diri kita

Langkah segera!

1. Carilah rezeki yang hanya jelas HALAL, elakkan syubhah apatah lagi haram
2. Berilah nafkah anak isteri yang hanya HALAL
3. Didik diri dengan mengutamakan produk HALAL
4. Didik anak isteri dengan pemilihan hanya produk berlogo HALAL
5. Fahami hukum halal, produk halal, ramuan halal, penggunaan halal
6. Pulaukan makanan syubhah
7. Utamakan kebersihan dan keselamatan pemakanan (gizi)

 

About MOHD NOR MAMAT

Mohd Nor Mamat is an ASSOCIATE PROFESSOR at the Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). He is currently completing his PhD in Education.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

2 Responses to Didiklah Keluarga dengan Makanan Halal!

  1. hassan says:

    MOHON COPY,,UTK forum skolah,,,

Leave a Reply to MOHD NOR MAMAT Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>