Menyambut Aidil Fitri 1432H

Antara intipati rakaman Ceramah Menyambut Aidil Fitri::Radio Malaysia Selangor

Sebelum kita meraikan Aidil Fitri, perlulah kita mengimbas semula Ramadhan yang telah pergi. Antara persoalan yang kita perlu nilaikan:

1. Ramadhan bulan ibadat; bertambahkah ibadah kita?

2. Ramadhan bulan rahmat; terasakan diri kita lebih disayangi oleh Allah?

3. Ramadhan bulan maghfirah; wujudkan petunjuk taubat kita diterima?

4. Ramadhan bulan penjimatan; benarkah perbelanjaan kita lebih rendah?

5. Ramadhan bulan kesihatan; makin sihatkah kita?

6. Ramadhan bulan Al Quran; makin dekatkah kita dengan Al Quran?

7. Ramadhan bulan sedekah; bertambahkan sedekah kita?

Syawal adalah hari kemenangan, hari kebesaran dan hari kesyukuran. Kerana itulah, Allah mensyariatkan kita agar menyambutnya dengan takbir, tahmid, tasbih dan taqdis sebagai tanda kesyukuran, makanan dan raikan sekadarnya hari kemenangan.

 

Beberapa amalan dalam Sunnah Rasulullah SAW

Bermula dengan bertakbir pada malam hari raya, Menghidupkan malam dengan pelbagai ibadah, Mandi sunat pada pagi hari raya, Makan walaupun hanya kurma, sebelum keluar menunaikan solat sunat, Memakai baju yang terbaik dengan wangian, Solat sunat aidil fitri berjemaah di tempat terbuka, Pergi dan balik dari solat melalui jalan yang berlainan, Bertakbir sepanjang perjalanan dan hari raya, Perbanyakkan sedekah kepada fakir miskin, Saling mengucapkan ‘semoga amalan kita diterima’, dan Rasulullah SAW berpuasa enam hari bulan Syawal.

 

Beberapa Amalan Budaya Masyarakat Melayu

Pada hari raya, masyarakat Melayu berkumpul pulang ke kampung, ziarah menziarahi, saling bermaafan dan mengadakan makan-makan menerima tetamu. Masyarakat kita juga turut membudayakan ucapan selamat hari raya, menghantar kad, sms ataupun emel raya, di samping mengucapkan maaf zahir batin. Ini adalah amalan yang sangat baik diteruskan sebagai adat budaya kita.

Di samping itu, terdapat juga budaya menziarahi pusara ibubapa di pagi raya..bagi mengingati mereka yang telah pergi. Namun sekiranya ia menjurus kepada sentimen kesedihan, agak bercanggah dengan konsep menyambut hari kemenangan dan kesyukuran. Begitu juga budaya bertakbir dengan penuh kesayuan.

Terdapat juga budaya yang kurang sesuai, yang perlu difikirkan bersama. Adat memberi duit raya kepada kanak-kanak adalah sesuatu yang baik pada awalnya, namun akhir-akhir ini menjadi keterlaluan apabila anak-anak bertandang semata-mata meminta duit raya. Memberi duit raya kepada orang kaya juga bercanggah dengan konsep sedekah. Hari raya juga menjadi waktu berpeleseran bagi pasangan kekasih masa kini, keluar menonton wayang yang sengaja disedikan khusus menyambut hari raya. Tayangan hiburan TV juga dilihat tidak sesuai dengan ruh aidilfitri, walaupun terdapat juga aktiviti menonton hiburan di zaman Rasulullah SAW, seperti perlawanan pedang dan nyanyian patriotik (berdasarkan riwayat sejarah).

Selanjutnya, dengarkan di RMS pada petang aidil fitri…Fikirkan Bersama!

SELAMAT MENYAMBUT AIDILFITRI::MAAF ZAHIR BATIN

SEMOGA AMALAN KITA BERSAMA DITERIMA ALLAH

About MOHD NOR MAMAT

Mohd Nor Mamat is an ASSOCIATE PROFESSOR at the Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). He is currently completing his PhD in Education.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>