Ramadhan Karim! Jadilah Pencinta…

Salam semua…
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia! Ramadhan Karim…semoga Ramadhan kali ini akan lebih baik daripada Ramadhan yang lalu! Banyak manfaatnya jika kita saling ingat memperingatkan diri kita, yang sememangnya mudah terlupa.

Alhamdulillah kita masih dimasukkan dalam kelompok orang yang diberi kesempatan bersama Ramadhan lagi pada tahun ini. Tunjukkan rasa syukur kita kepada Allah dengan menghargai Ramadhan sepenuhnya. Kita hanya diberi peluang 29 atau 30 hari sahaja setiap orang, kalau boleh jangan tertinggal!

Untuk kongsi santai hari pertama Ramadhan, saya ingin cuit sikit hati kita dengan sikap kita terhadap Ramadhan. Kita selalu diberitahu tentang keistimewaan Ramadhan. Gembira, seronok, teruja dan sebagainya. Cuba kita perhatikan sikap kita terhadap Ramadhan…agak-agaknya bagaimana? Ada sesetengah, sikapnya hanya sebagai pemerhati Ramadhan, sebahagiannya seperti peminat Ramadhan, tetapi kalau boleh, paling baik biarlah kita jadi pencinta Ramadhan.

“Pemerhati Ramadhan hanya melihat kelebihan Ramadhan dari kejauhan, mereka tahu keanggunan Ramadhan tetapi tidak terfikir pun untuk mendapatkannya…Peminat Ramadhan biasanya suka bercakap dan mendengar khabar keindahan Ramadhan, tetapi peminat biasanya tiada usaha untuk mendapatkannya secara serius…Pencinta Ramadhan akan berkorban apa sahaja untuk mendapatkan Ramadhan agar menjadi miliknya! Pencinta akan bahagia dan tenang bila berada di sisi yang dicintai, dan akan merinduinya bila akan ditinggalkan nanti…Bila bercinta biarlah setia…beribadahlah bersama Ramadhan sehingga ke penghujungnya! Suburkan cinta, jangan layu di pertengahan bulan…atau hilang bila disirna cinta yang berubah arah kepada Syawal…“

Sabda baginda SAW dalam khutbahnya tentang Ramadhan: “Wahai manusia! sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Allah, dengan membawa barakah, rahmah dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya adalah hari yang utama. Detik demi detik adalah yang paling utama. Malam-malamnya adalah yang paling utama. Inilah bulan yang kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan!” (Riwayat Ibn Huzaimah)

Jadilah PENCINTA Ramadhan! Berdampinglah dengannya dengan menyuburkan pelbagai ibadah2 yang khas untuk Ramadhan. Bersahur, berzikir, bersedekah, berbuka di awal waktu, berterawih, bertadarus dan membayar fitrah…sebahagian ibadah yang kita harus rebut jika benar-benar pencinta Ramadhan.

Semoga memberi semangat untuk kita bersama merebut kehadiran Ramadhan kali ini agar keistimewaannya menjadi milik kita sepenuhnya. Ramadhan Karim! ☺

About MOHD NOR MAMAT

Mohd Nor Mamat is an ASSOCIATE PROFESSOR at the Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). He is currently completing his PhD in Education.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>