Puasa Latihan Kesabaran dan Kesederhanaan

Sebahagian petikan tazkirah di Masjid Saujana Utama dan Masjid Sungai Buloh baru-baru ini…kadangkala kita perhatikan bulan puasa digembar gemburkan dengan bulan membeli belah di bazaar, pasaraya malah di gerai-gerai yang menjual apa sahaja… tumbuh bagai cendawan. Sedangkan ruh puasa itu sendiri adalah untuk menghayati kesederhaan, penjimatan dan perkongsian dengan mereka yang lebih lapar, lebih miskin dan lebih tidak bernasib baik. Puasa sepatutnya mampu menyedarkan kita betapa kita tidak boleh terlalu mewah, sedangkan masih ramai yang kelaparan. Saya teringat ketika menyiapkan satu penyelidikan berkaitan perbelanjaan Ramadhan di kalangan umat Islam di seluruh bandaraya Malaysia…mengikut pandangan mufti2, lazimnya makanan yang kita perlu di Malaysia; makan ringan pagi, makan berat tengahari dan petang…itu sahaja! Bila tiba Ramadhan, saya kira tidak perlulah kita menqadha’kan semua bajet 3 kali makan ke dalam waktu berbuka, memadai untuk kadar sekali makan berat…(pastinya penjimatan sangat ketara). Pakaian pula, secara khusus untuk hari raya…yang termasuk disunatkan memakai pakaian baru ialah dua pasang maksimum; sepasang baju melayu atau kurung (kebiasaannya) dan sepasang baju baru untuk tujuan ziarah keluarga dan rakan…Ringkasnya, Ramadhan menjadikan kita semakin sederhana terhadap harta, makanan dan pakaian. Insyaallah latihan sebulan di kampus Universiti Ramadhan akan menjadi sebati untuk diteruskan selepas konvokesyen kita pada Syawal nanti.

Puasa juga seharusnya menjadikan kita lebih menghayati makna kesabaran. Ditinjau dalam sejarah, dikatakan tentera Greek dan Yunani pun mengamalkan amaln puasa sebelum berperang untuk mempertingkatkan kesabaran dalam diri mereka. Di barat, puasa diterima sebagai amalan mempertingkatkan daya tahan menghadapi penyakit. Dalam Islam sendiri, Rasulullah mengingatkan kita agar banyak bersabar, dan jika disakiti, katakan “aku berpuasa!”. Apatah lagi di bulan Ramadhan segala amalan baik digandakan, marilah kita tingkatkan kesabaran…sabar menahan lapar, dahaga, sabar dengan ujian Allah, sabar meskipun kadangkala ada orang menyakiti kita…maafkan kesalahan orang lain…juga gandakan amalan ibadah dengan penuh kesabaran, kerana kadangkala ada waktu2 kita terasa berat untuk menyempurnakan ibadah kepada Allah. Biarlah kali ini kita lulus dengan cemerlang, dua subjek kesabaran dan kesederhanaan yang kita lalui dan nilaikan di penghujung Ramadhan, Insyaallah…

SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG DIBERKATI!

About MOHD NOR MAMAT

Mohd Nor Mamat is an ASSOCIATE PROFESSOR at the Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). He is currently completing his PhD in Education.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>