Kekalutan Isu Islam Mutakhir

Alhamdulillah, saya fikir mutakhir ini sudah agak reda tentang isu Islamiphobia atau ketakutan terhadap Islam yang dilabelkan sebagai pengganas, dipelopori oleh Amerika Syarikat sedikit masa dulu. Namun melihat kepada isu-isu lokal berkaitan kekeliruan yang berlaku di kalangan umat Islam di negara kita hari ini, kadangkala agak menyedihkan.  Tidak habis-habis dengan budaya ‘sumpah laknat’ yang diperlihatkan sebagai budaya anjuran Islam oleh segolongan yang kurang arif dengan hukum hakam secara mendalam…timbul pula isu mangsa jenayah yang tidak mendapat keadilan kerana Islam tidak menerima rakaman video sebagai bukti sah pendakwaan.
Saya melihat isu ini seharusnya mudah dijelaskan dan difahami oleh umat Islam, tanpa perlu dipergunakan untuk kepentingan sendiri. Ringkasnya, sumpah hanya perlu di mahkamah untuk tujuan pembuktian…jadi tidak timbul soal bersumpah di masjid, di hadapan imam ataupun di akhbar. Kedua, sumpah digunakan bila ada kes dibicarakan, bukannya semata-mata untuk mencabar seseorang mengaku atau menafikan kesalahan, atau untuk membuktikan tuduhan kita terhadap orang lain. Dahulu, budaya picisan sebegini hanya berlaku di kalangan budak-budak di kampung yang berbalah sesama mereka. Saya bimbang budaya sebegini akan menambahkan kekeliruan masyarakat, malah tidak mustahil pada masa depan akan menjadi budaya khalayak atau aktiviti umum setiap orang…akhirnya laknat Tuhan dipermainkan…malah kehidupan masyarakat juga akan huru hara.
Berkaitan rakaman video, secara logiknya akal kita boleh menerima betapa ia bukan setaraf dengan saksi lelaki adil yang disyaratkan dalam hukum Islam. Usah kita pertikaikan kenapa Allah menetapkan syarat sedemikian, semata-mata hanya dengan kebijaksanaan yang kita rasa semakin maju. Untuk difikirkan, kenapa cara mengambil wudhuk masih tidak berubah dari dahulu? kenapa bila kita terkena najis mughalazah (walaupun binatang babi tersebut bersih), kita diwajibkan samak? Bila Allah syaratkan lelaki adil seramai 4 orang dalam penentuan hukuman hudud, akurlah kepada hukum Tuhan…namun Islam bukanlah tidak adil sama sekali terhadap mangsa jenayah tersebut, kerana hukuman ta’zir masih boleh berlaku dengan bahan pembuktian yang difikirkan autoritatif mengikut peredaran zaman…

“Lebih faham Islam, lebih adil kehidupan dan lebih aman dan tenang, insyaallah!”

About MOHD NOR MAMAT

Mohd Nor Mamat is an ASSOCIATE PROFESSOR at the Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). He is currently completing his PhD in Education.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>