Cabaran Pembangunan Keluarga Masa Kini

Saripati Ceramah di Masjid Nurul Iman Puchong 12 Jun 2011

Hari ini, cabaran pembangunan keluarga semakin mencabar. Keruntuhan institusi keluarga meningkat dan semakin menakutkan. Menurut Timbalan Menteri di JPM, Dato’ Dr Mashitah Ibrahim, hampir setiap 17 minit berlaku satu perceraian. Pada masa yang sama terdapat pendedahan diĀ  mana setiap 18 minit lahir seorang anak luar nikah di negara kita. Belum lagi disebut tentang statistik ‘pembuangan’ ibubapa oleh anak-anak ke Pusat Jagaan Orang Tua, pergaduhan ibubapa dan anak, adik beradik malah kes-kes pembunuhan dalam keluarga juga mewarnai isu kekeluargaan masa kini. Persiapan pembangunan institusi perkahwinan perlu dihalusi dan dipermantapkan. Kemahiran pengurusan hubungan suami isteri, ibubapa dan anak menjadi satu agenda penting negara. Di samping kita menumpukan agenda memastikan perpaduan 1Malaysia tercapai, seharusnya agenda 1Famili perlu dipermantapkan dan diberi perhatian lebih utama. Apalah gunanya kita bersatupadu antara semua abngsa, andainya ahli keluarga kita sendiri berpecah belah, ibu dan bapa hidup berasingan, anak-anak tidak mendapat jagaan ibubapa selengkapnya? Usaha holistik dan integratif perlu dijana segera melibatkan pihak kerajaan, NGO, institusi pendidikan dan kesedaran serta penglibatan semua individu adalah sesuatu yang amat mendesak. Isu ini bakal menghancurkan umat Islam pada masa akan datang. Meskipun pelaburan dalam usaha sebegini tidak menjanjikan pulangan ekonomi yamh berbentuk materialistik, namum kekukuhan institusi keluarga adalah asas kepada segala-galanya; pembangunan negara, ekonomi dan sosial, insyaallah.

About MOHD NOR MAMAT

Mohd Nor Mamat is an ASSOCIATE PROFESSOR at the Centre for Islamic Thought and Understanding, Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM). He is currently completing his PhD in Education.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>